usha-mengusha :)

Thursday, April 1, 2010

introduction:)

PERNIAGAAN FAAZA MUNIIRA

Menjual pelbagai jenis cadar, langsir, selimut, hamparan dan toto bundle dari harga serendah RM3.
Perniagaan ini diusahakan oleh FAAZA MUNIIRA BINTI ABDULLAH kerana pada awalnya ia bertujuan untuk latihan industri KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA. Selama 3 bulan menjalani LI, saya rasa sudah tiba masanya perniagaan ini dikembangkan dan dikemaskini dengan lebih teratur untuk memudahkan pelanggan mengenali produk yang dijual oleh saya.

Cetusan idea untuk membuka bundle ini bermula dari MAMA saya WAN ESHAH BINTI WAN COB... beliau merupakan peniaga kain baju dan pelbagai jenis barangan lain, menjual dari rumah ke rumah. Setelah berbincang dengan AYAH saya ABDULLAH BIN MAMAT, kami bersetuju untuk menjalankan perniagaan ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak membantu dari segi kewangan terutamanya.

PERNIAGAAN FAAZA MUNIIRA beroperasi pada 30 DISEMBER 2009 dan ia merupakan tarikh keramat dan titik permulaan kehidupan baru seorang gadis kecil berusia 20 tahun. Bertempat di Hadapan TNB Lemal, Pasir Mas Kelantan yang dahulunya sebuah Saloon Rambut Wanita. Kedai ini boleh dianggap strategik kerana berhampiran jalan besar dan jalan utama untuk ke bandar PASIR MAS serta HOSPITAL BESAR PASIR MAS. Selain itu, kedai ini bersebelahan dengan ADY PERABOT dan Workshop Kereta.



peta lokasi PERNIAGAAN FAAZA MUNIIRA




Alhamdulillah, setakat nie dah ramai mengenali perniagaan saya..sambutan juga amat mengalakkan. Selama 3 bulan beroperasi, saya dah ada 4 orang pemborong yang membeli di kedai saya and jual balik. Salah seorang pemborong tue adalah warga Pakistan yang menetap di Kelantan. He so nice, first berniaga dengan dia agak takut-takut...tapi bila dah kenal okay je :)
Saya pun x sangka saya boleh jadi pembekal sekali. Selain itu juga, pemborong yang saya x sangka adalah dari PULAU PINANG.. CIK DAH. So, sesiapa yang berminat nak jadi pemborong boleh la contact saya.




nie pic pemborong pakistan tue.
My sis ambil dari belakang..takut gak nak mintak utk ambil pic.huhuhu

No comments:

Post a Comment