usha-mengusha :)

Sunday, September 19, 2010

kedai kembali beroperasi.


Salam semua.
apa cerita?
sehat?

ok dah selama seminggu lebih PERNIAGAAN FAAZA MUNIIRA
tutup kedai.
hari ini dah kembali beroperasi.

*SELAMAT HARI RAYA SEMUA*


Monday, September 6, 2010

tutup kedai.

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua.
hari ni dah hari ke-27 kita puasa kan?
means lagi 3 hari dah nak raya!

so sempena raya yang bakal tiba nanti
PERNIAGAAN FAAZA MUNIIIRA
akan di tutup bermula pada hari Rabu,
bersamaan 8/8/2010.
ini untuk persediaan saya menyambut hari raya.
ehehehe : )



kepada sesiapa yang ingin mendapatkan,
selimut,
cadar,
langsir,
atau pelbagai jenis hamparan bundle.
sila la datang ke kedai saya secepat mungkin,
sebab esok adalah hari last kedai dibuka!

cepat!
cepat!
cepat!
dapatkan langsir terutamanya untuk raya ni.

tarikh akan diberitahu kelak,
bila PERNIAGAAN FAAZA MUNIIRA akan mula beroperasi semula.

~happy shopping semua~

Sunday, April 25, 2010

new stok: cadar

salam semua...
sperti biasa, just nak inform PFM ada stok baru utk cadar..sebenarnya, stok ni sampai hari Khamis but x sempat nak update coz da banyak sangat kerja minggu lepas..so sesiapa yang berminat boleh dtg ke kedai PFM. Sekarang, gaji baru keluar kan??so boleh la beli pe2 dari PFM..:)

Monday, April 19, 2010

stok baru: selimut, hamparan dan toto.

Salam semua,
rasanya dah lama PFM x update blog kan???lately banyak benda yang berlaku so x sempat nak berblogging utk PFM. Okay, lupakan benda tue.. hari nie PFM ada stok baru utk selimut, hamparan and toto. Serius cantik2, so sesiapa yang berminat boleh la datang terus ke kedai sebelum terlambat.

PFM juga rasa mcm nak kembangkan sikit biz nie.. if PFM nak jual borong means utk 1 guni ada orang nak beli x??? kalau ada PFM akan deal dgn courier utk penghantaran. Dalam 1 guni tue bukan ada semua ek, guni utk cadar, selimut+hampara+toto, langsir semua lain2. Bilangan kain yang ada juga tidak tetap kerana ia bergantung pada berat KG...basically dalam 1 guni tue bagi cadar atau selimut+hamparan+toto, tambah tolak ada dalam 40 helai ke atas. Bagi langsir tambah tolak ada 80 helai ke atas. So, ada x yang berminat???

PFM berhajat nak kembangkan biz nie bukan apa since ada permintaan nak suruh PFM jual online but barang mcm nie setakat 2 atau 3 helai macam x berbaloi sebab harga pos lagi mahal dari harga barang rasanya. Lagipun, ada juga yang bertanya x mau ke jual secara borong pada orang yang luar dari Kelantan???? tadi pun ada orang call dari Johor kalau berminat nak beli mcm mana.Setakat nie PFM ada dalam 4 orang pemborong; 1. Kak Yah (Kelantan), 2. Pak Cik Pakistan (Kelantan), 3. Cik Dah (Penang) 4. Mak Cik (Kelantan) tetap tetapi mereka bukan beli secara guni kerana mereka datang beli and pilih sendiri di kedai. Tengok orang Penang pun dtg Kelantan beli dgn PFM.. Kalau yang jauh2 tue if berminat boleh contact PFM and kita discuss. Tapi PFM nak tekankan kat sini barang yang baik terpulang pada rezeki masing2, kita x boleh nak bukak check dahulu guni tue coz terlampau banyak. PFM pun pernah dapat yang sangat tidak elok sampai x balik modal.huhuhu. Ingat namanya pun business, memang kita x nak rugi but untung rugi memang adat dalam berniaga dan benda tue x dapat nak dielakkan.

Okay, tue je penjelasan dari PFM..if ada sebarang pertanyaan boleh hubungi PFM and lagi satu perkara..jika ada yang tahu pasal courier utk barang yang besar2 mcm nie harap sudi la berkongsi maklumat dgn PFM ek.

Wednesday, April 14, 2010

blogger award :)



tersenarai dlm cantikmall blog :)
http://cantikmall.blogspot.com/



award nie milikku ♥_♥


salam semua..buat julung2 kalinya saya dapat award nie..
thanx a lots to
http://cantikmall.blogspot.com
teruja gila2 la..x sangka blog biz saya nie dpt award.
kat blog nie bukan saya da bnyk post pun,just info psl biz saya je.
bila dpt taw dpt award nie ingatkan personal blog saya..but not, it my biz blog.
alhamdulillah..bersyukur sangat! ada juga orang yang menyedari kewujudan blog biz saya nie.
moga biz saya dan kawan2 yg len berjaya..AMIN.

so penerima award seterusnya adalah:


1. http://ishikoworld.blogspot.com/

2. http://hazierahroslan.blogspot.com/

3. http://anithkhamaruzaman.blogspot.com/

4. http://dakeina.blogspot.com/

5. http://www.aisya-ventureshop.blogspot.com/

6. http://sipetotlyfes.blogspot.com/

7. http://darkzangelcribs.blogspot.com/

8. http://syazishawls.blogspot.com/

9. http://choratchoretku.blogspot.com/

10. http://sarah-al-idrus.blogspot.com/

11. http://miralees.blogspot.com/

12. http://shopaholic-supernova.blogspot.com/

13. http://lovelyzahrah.blogspot.com/

14. http://ziqziqonline.blogspot.com/


15. http://knajmie.blogspot.com/

so kepada sesiapa yag dpt award nie, anda mesti:

1. buat 1 entry pasal tentang award nie (copy badge award tue ek:P)
untuk diletakkan di dalam blog anda.
2. ucap terima kasih dan link pada pemberi award tue.
3. senaraikan 15 blogger lain yang layak mendapat award nie :)

wiss u all happy always ^_*

Tuesday, April 6, 2010

stok baru: cadar

salam semua ^_^

hari ini PERNIAGAAN FAAZA MUNIIRA ada stok baru untuk cadar. Pelbagai jenis cadar yang ada, single, double, cartoon, pengantin.
semua lawa2 x sama mcm sebelum nie.
Kepada sesiapa yang berminat sila datang ke kedai dengan segera coz barang baru and lawa cepat habis :)

Sunday, April 4, 2010

1st follower



Saya sangat berterima kasih pada IS iaitu 1st follower..
saya tak tahu mana awk taw pasal biz saya nie, but tenkiu very much coz jadi follower.
Saya harap lebih ramai yang akan follow blog nie.
Saya juga berbesar hati jika ada sesiapa yang nak bagi pendapat atau apa2 cadangan untuk biz saya nie.
Saya juga ingin berterima kasih pada sesiapa yang komen atau advertise diaorong punyer biz di shoutmix chat blog nie.. Sama-sama kita tolong menolong majukan biz masing-masing.
May ALLAH bless u all..AMIN :)

Saturday, April 3, 2010

stok baru toto, selimut dan hamparan:)


Salam semua ^_^


Sebenarnya stok baru nie sampai hari khamis lagi but x sempat nak update and kemas. TOTO, SELIMUT dan HAMPARAN kali nie sangat cantik2 dari sebelum nie. Dah la cantik pastu besar pulak tue so terubat la sikit kesedihan untuk stok yang ambil 2 minggu lepas. Kalau nak tahu, stok sebelum ni agak kurang cantik but yang ni seriously cantik gila! So kalau x datang beli memang rugi. Barang nie cepat habis kalau nak dibandingkan dengan cadar, terutamanya kalau pemborong datang beli. Diaorang sekali beli bukan sehelai dua but banyak coz nak jual. Nak cakap banyak pun x guna, sila datang terus ke kedai saya. TQ :)


*mintak maap sangat-sangat x dapat upload picture barang coz digital camera kakak saya dah bawak pergi KULIM but jangan risau saya akan usahakan.

Thursday, April 1, 2010

introduction:)

PERNIAGAAN FAAZA MUNIIRA

Menjual pelbagai jenis cadar, langsir, selimut, hamparan dan toto bundle dari harga serendah RM3.
Perniagaan ini diusahakan oleh FAAZA MUNIIRA BINTI ABDULLAH kerana pada awalnya ia bertujuan untuk latihan industri KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA. Selama 3 bulan menjalani LI, saya rasa sudah tiba masanya perniagaan ini dikembangkan dan dikemaskini dengan lebih teratur untuk memudahkan pelanggan mengenali produk yang dijual oleh saya.

Cetusan idea untuk membuka bundle ini bermula dari MAMA saya WAN ESHAH BINTI WAN COB... beliau merupakan peniaga kain baju dan pelbagai jenis barangan lain, menjual dari rumah ke rumah. Setelah berbincang dengan AYAH saya ABDULLAH BIN MAMAT, kami bersetuju untuk menjalankan perniagaan ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak membantu dari segi kewangan terutamanya.

PERNIAGAAN FAAZA MUNIIRA beroperasi pada 30 DISEMBER 2009 dan ia merupakan tarikh keramat dan titik permulaan kehidupan baru seorang gadis kecil berusia 20 tahun. Bertempat di Hadapan TNB Lemal, Pasir Mas Kelantan yang dahulunya sebuah Saloon Rambut Wanita. Kedai ini boleh dianggap strategik kerana berhampiran jalan besar dan jalan utama untuk ke bandar PASIR MAS serta HOSPITAL BESAR PASIR MAS. Selain itu, kedai ini bersebelahan dengan ADY PERABOT dan Workshop Kereta.



peta lokasi PERNIAGAAN FAAZA MUNIIRA




Alhamdulillah, setakat nie dah ramai mengenali perniagaan saya..sambutan juga amat mengalakkan. Selama 3 bulan beroperasi, saya dah ada 4 orang pemborong yang membeli di kedai saya and jual balik. Salah seorang pemborong tue adalah warga Pakistan yang menetap di Kelantan. He so nice, first berniaga dengan dia agak takut-takut...tapi bila dah kenal okay je :)
Saya pun x sangka saya boleh jadi pembekal sekali. Selain itu juga, pemborong yang saya x sangka adalah dari PULAU PINANG.. CIK DAH. So, sesiapa yang berminat nak jadi pemborong boleh la contact saya.




nie pic pemborong pakistan tue.
My sis ambil dari belakang..takut gak nak mintak utk ambil pic.huhuhu

sekapur sireh :)

ASSALAMUALAIKUM

Salam...kepada semua pelanggan2 yang disayangi, hari ini saya rasa saya patut lebih berkerja keras untuk memajukan perniagaan saya. first things first, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua customer yang menyokong saya selama 3 bulan saya start berniaga. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun masih muda.

Saya tahu ramai yang bertanya dan memberi tunjuk ajar untuk saya jual secara online, tapi kekuatan untuk buat macam tue belum lagi ada.huhuhu, doa-doakan la harap menjadi. Saya nak sangat but saya masih rasa x mampu so saya harap dengan adanya blog nie customer dapat mengikuti setiap perkembangan PERNIAGAAN FAAZA MUNIIRA.

InsyaALLAH, saya akan cuba sebaik mungkin untuk berikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)

Harapan saya, dengan adanya blog nie saya boleh mengeratkan lagi sillaturahim di antara saya dengan customer and boleh saling bertukar-tukar pendapat. Sama-sama kita majukan orang BUMIPUTERA.